“Suatu Ketika,Sejarah Dahulu Kala…”

Followers

Thursday, April 26, 2012

Tentera Malaysia di Misi Pengaman PBB[ MALCON EAST VI]




Teras Persiapan dan Latihan

Keperluan persiapan MALCON EAST 6 untuk beroperasi di Lebanon adalah seperti berikut :

a. MALCON EAST 6 dilatih dan dilengkapkan untuk Operasi Pengaman PB di Lebanon.

b. Mempunyai daya mobiliti selaras dengan penugasan di kawasan misi.

c. Berupaya melaksanakan pengawasan dan tugas QRF.

d. Berupaya menguruskan keperluan logistik sendiri.

e. Bersedia untuk berada di kawasan misi untuk sekurang-kurangnya 9 bulan.

Lubnan

Geografi

Lubnan merupakan sebuah negara yang terletak di timur laut Mediterranean, berkeluasan seluas 10,452 kilometer persegi. Ianya terbahagi kepada enam wilayah iaitu Beirut, Bekaa, Liban-Nord, Liban-Sud, Mont Liban dan Nabatiye. Lubnan berjiran dengan Syria di utara dan timur manakala Israel adalah di bahagian selatan.

Cuaca di Lubnan beriklim Mediterranean. Lubnan mempunyai empat musim iaitu Musim Bunga (Apr-Mei), Musim Panas (Jun-Sep), Musim Luruh (Okt-Nov) dan Musim Sejuk (Dis-Mac). Suhu purata di Beirut sewaktu musim panas adalah 27 C dan musim sejuk serendah 14 C. (Suhu di Kaokaba boleh mencecah tahap beku)

Jumlah penduduk di Lubnan adalah lebih kurang seramai 4 juta penduduk. Terdapat sejumlah 400,000 pelarian Palestin yang tinggal di Lubnan. Majoriti penduduk adalah berketurunan Arab (95%) dan selebihnya adalah kumpulan minoriti seperti Armenia, Assyrians, Kurd dan Chaldean.


Bahasa rasmi adalah bahasa Arab namun bahasa Perancis dan Inggeris dipertuturkan oleh majoriti rakyat Lubnan.

Majoriti penduduk Lubnan beragama Islam namun ianya terbahagi pula kepada dua mazhab utama iaitu berfahaman Syiah dan Sunni. Selain daripadanya beragama Kristian. Terdapat 15 buah kumpulan agama di Lubnan.

Pada tahun 1975, perang saudara Lubnan telah tercetus di antara penduduk Kristian, pengikut Sunah, Syiah, Druze dan juga pihak Palestin. Perang ini telah ditamatkan pada tahun 1990 melalui Perjanjian Taif. Kira-kira 150,000 orang telah terkorban di dalam peperangan ini.

Lubnan mengamalkan sistem kerajaan republik berparlimen di mana ianya diketuai oleh seorang Presiden dan dibantu oleh Perdana Menteri. Berdasarkan Perlembagaan Lubnan, Presiden Lubnan mestilah seorang yang beragam Kristian Maronite, Perdana Menteri adalah seorang pengikut Muslim-Sunni dan Speaker Parlimen dilantik daripada pengikut Muslim-Syiah.

Pada 14 Februari 2005, bekas Perdana Menteri, Rafik Hariri telah dibunuh akibat ledakan bom kereta di Beirut. Pembunuhan ini disyaki diarahkan oleh pemimpin Syria. (Pihak Syria telah mencampur tangan dalam sistem politik Lubnan sejak Perang Suadara 1975-1990.) Pembunuhan ini telah mangakibatkan krisis politik yang membabitkan pihak pro-Syria dan pihak anti-Syria. Pihak pro-Syria termasuklah Presiden Emile Lahoud, Speaker Nabih Berri, Jeneral Michel Aoun dan kumpulan Hezbollah. Pihak anti-Syria termasuklah Perdana Menteri Fouad Siniora, Amine Gemayel, Samir Geagea dan anak Hariri, Saad Hariri.

Perang antara Hezbollah dan Israel pada Julai 2006 dan pembunuhan pemimpin Kristian Maronite Pierre Amine Gemayel pada November 2006 telah memburukkan lagi krisis tersebut. Gerakan pro-Syria telah mengadakan pelbagai protes dan demonstrasi sejak Disember 2006 meminta kerajaan Siniora meletak jawatan.

Perang Lubnan

Perang Lubnan 1982

Perang Lubnan 1982 merupakan sebuah peperangan di antara Israel dan Lubnan yang terjadi pada 6 Jun 1982 apabila Pasukan Pertahanan Israel menyerang Lubnan Selatan. Kerajaan Israel melancarkan serangan ini sebagai tindak balas dari usaha pembunuhan duta besar Israel ke United Kingdom, Shlomo Argov oleh Pertubuhan Abu Nidal. Selepas menyerang PLO, selain angkatan tentera Syria dan Muslim Lubnan, Israel turut menduduki selatan Lubnan.

Latar belakang

Setelah perang antara Arab dan Israel pada tahun 1948, Lubnan menjadi tempat tinggal untuk lebih dari 110,000 penduduk Palestin yang lari dari rumah mereka di Israel kini. Pada tahun1970 dan 1971, PLO ikut serta dalam usaha untuk menjatuhkan kekuasaan raja Jordan, di mana membuat sejumlah besar dari pejuang dan penduduk Palestin berpindah ke Lubnan. Pada tahun 1975, terdapat lebih dari 300,000 pengungsi, membuat PLO menjadi pasukan kuat dan memainkan peranan penting dalam Perang Saudara Lubnan. Kekacauan yang berlanjutan antara Israel dan PLO dari tahun 1968, membuat terjadinya Operasi Litani.

Akibat

Perang Lubnan 1982 mempunyai beberapa akibat jangka panjang: Dari sudut pandangan Israel, serangan ini merupakan kejayaan terhad, mengusir PLO dari Lubnan Selatan dan memusnahkan infrastrukturnya, selain sebagai pencegah kepada pertubuhan militan Arab anti-Israel lain. Tentera Syria menjadi lemah, terutamanya bahagian udara.

Hakisan lanjut dalam sepersetujuan tidak mengkritik tentera dalam pandangan awam Israel dan kekecewaan dengan pimpinannya, proses yang dianggap berakar selepas Perang Yom Kippur.

Serangan ini yang turut mensasarkan orang Lubnan Syiah, menyebabkan penukaran pihak Pergerakan Amal, yang sebelum ini berseteru dengan PLO.

Serangan ini sering dianggap sebagai mangkin utama pewujudan pertubuhan Hizbullah, yang sejak 1991 merupakan satu-satunya kumpulan bersenjata di Lubnan yang tidak disokong Israel (sebaliknya disokong Iran dan Syria), dan sejak 2000 telah menggantikan sepenuhnya PLO di Lubnan Selatan.

Majlis Pembangunan dan Pembinaan Semula Lubnan menganggarkan kos kerosakan akibat serangan Israel berjumlah 7,622,774,000 paun Lubnan, bersamaan dengan AS$2 billon pada masa itu.

Pemimpin Al-Qaeda Osama bin Laden pernah menyatakan pada 2004 bahawa dia mendapat ilham untuk menyerang bangunan di Amerika Syarikat daripada perang ini, di mana menara dan bangunan di Beirut dimusnahkan ketika pengepungan bandar itu.

Pengunduran IDF kembali ke Lubnan Selatan pada musim panas 1983, membawa kepada salah satu fasa paling berdarah dalam perang ini, apabila Militia Kristian (tentera Lubnan) tinggal bersendirian mempertahankan kawasan “pergunungan” yang terdiri dari daerah Aley dan Chouf, menentang campuran PSP Druze, PLO Palestin, tentera Syria, Komunis Lubnan, dan Parti Nasionalis Sosial Syria. Ini menimbulkan bencana bagi penduduk awam kedua belah pihak, terutamanya pihak Kristian (lebih 5,000 terbunuh dari kedua pihak). Perang ini berakhir selepas angkatan tentera dan penduduk awam Kristian mundur ke bandar Deir el Kamar di mana mereka dikepung selama 3 bulan sebelum semua pertempuran dihentikan dan mereka diangkut ke Beirut Timur.

Perlaksanaan

MALCON EAST 6 akan ditubuhkan dengan pengumpulan anggota mengikut perkhidmatan masing-masing. Keanggotaan kontijen terdiri daripada tiga cabang perkhidmatan ATM iaitu TD, TL dan TU. Penubuhan dan penugasan MALCON EAST 6 akan dilaksanakan dalam lima tahap iaitu Persiapan dan latihan mengikut perkidmatan, Latihan Intergrasi Pasukan (FIT), Pergerakan ke kawasan misi, Perlaksanaan tugas di kawasan misi dan Pergerakan balik ke tanahair dan pembubaran.

Pendahuluan

Pasukan Tentera Sementara PBB di Lubnan

Pasukan Tentera Sementara PBB di Lubnan (United Nations Interim Force in Lebanon, atau UNIFIL) merupakan satu misi pasukan pengaman yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dengan penerimaan resolusi-resolusi 425 dan 426 Majlis Keselamatan PBB pada 19 Mac 1978, bagi memastikan pengunduran Israel daripada Lubnan, memulihkan semula keselamatan dan keamanan antarabangsa, dan membantu kerajaan Lubnan memulihkan kuasanya dengan berkesan di negara itu. Pasukan pertama UNIFIL telah diaturgerak ke Lubnan pada 23 Mac 1978; pasukan-pasukan ini telah ditugaskan semula daripada operasi-operasi menjaga keamanan PBB yang lain di kawasan ini (contohnya Pasukan Kecemasan Pertubuhan Bangsa Bersatu dan Pasukan Pemerhati Zon Bebas Pertubuhan Bangsa Bersatu).


Latar belakang

Sebelum Perang Lubnan pada 2 Januari 1982, di mana orang anggota tentera Ghana yang berkawal di kedudukan UNIFIL telah diserang oleh orang yang tidak dikenali. Seorang anggota tentera Ghana telah ditembak dan kemudiannya meninggal dunia. Semasa Perang Lubnan, kedudukan-kedudukan PBB telah diambil alih oleh pasukan-pasukan de facto di bawah Saad Haddad. Pasukan-pasukan ini merupakan pasukan tempatan Lubnan yang disokong oleh IDF. Semasa pendudukan ini, fungsi utama UNIFIL adalah bagi menyediakan bantuan kemanusian. Bermula pada tahun 1985, Israel telah mengambil balik kedudukan-kedudukan tetap di Lubnan, walau bagaimanapun proses ini diselang seli dengan serangan dan pengeboman singkat, sepertimana dalam Operasi Ketelusan pada tahun 1993 dan Operasi Anggur Amarah pada tahun 1996. Pada tahun 1999, Israel berundur, yang mana berakhir pada tahun 2000 dan membolehkan UNIFIL menyambung kembali tugas-tugas ketenteraannya. Kerajaan Lubnan mendakwa kawasan ladang-ladang Shebaa adalah termasuk di dalam wilayah Lubnan, walau bagimanapun PBB menganggap Garisan Biru merupakan wilayah Syria di bawah pendudukan tentera Israel. Mereka berhujah bahawa pertikaian ini memberi sekatan sah berterusan kepada kumpulan penentang bersenjata Israel di Lubnan (bagaimanapun PBB secara rasminya mengesahkan Israel telah berundur sepenuhnya daripada semua kawasanyang diduduki selepas tahun 1973).

Sumber maklumat dan gambar:

http://bluebeltcombat.wordpress.com/


Tuesday, April 24, 2012

Peristiwa Serang Hendap Ulu Lenggong


Berpandukan catatan sejarah yang sedia ada,Batalion ini telah diuji ketabahan dan semangat anggotanya iaitu semasa menjalankan tugas di Klian Intan dalam Operasi 803 Bravo.Dalam operasi ini kejadian jerangkap samar pertama telah menimpa 30515 Lkpl. Suparman bin Taib pada 18 Mac 1981.Akibat daripada kejadian tersebut, Lkpl Suparman telah dipotong kakinya dari bahagian buku lali hingga ke bawah.

Kejadian ini boleh dianggap sebagai satu petanda Peristiwa Serang Hendap Ulu Lenggong.Peristiwa Serang Hendap Ulu Lenggong .Peristiwa Serang Hendap Ulu Lenggong berlaku ketika batalion melakukan Operasi Sedar Gubir buat kali kedua kalinya.Kejadian ini berlaku pada 29 Oktober 1981 pada jam lebih kurang 10 pagi apabila 9 orang daripada Anggota Kompeni Bravo yang berpengkalan di Markas Tek Ulu Lenggong bergerak keluar untuk mengambil makanan.

Sewaktu dalam perjalanan, kenderaan Volvo 2 Ton Mortar yang sedang membawa anggota tersebut telah diserang hendap oleh pengganas komunis yang beranggarkan kekuatan seramai 25 orang.Dalam kejadian tersebut didapati pengganas komunis telah menggunakan M79 untuk memusnahkan enjin kenderaan untuk diberhentikan secara serta-merta.

Serang hendap ini telah mengorbankan 7 orang pewira 22 RAMD dan mencederakan 2 annggota.Selain daripada itu,sebanyak 9 laras M 16,45 kelopak dan 1050 perluru 5.56 mm telah dirampas oleh pengganas.

Sumber:

P/s: Peristiwa ini juga telah dikisahkan dalam novel SERANG HENDAP Ulu Lenggong hasil karya Lt. Kol. Mohd Radzi Abd Hamid.Nantikan kemunculannya

SERANG HENDAP ULU LEGONG


Kebangkitan Semula Pengganas Komunis (1968-1989)


Kebangkitan Semula Pengganas Komunis (1968-1989) adalah satu usaha oleh Parti Komunis Malaya dan Parti Komunis Kalimantan Utara untuk menggulingkan kerajaan secara kekerasan di Malaysia bagi membolehkan penubuhan sebuah kerajaan berfahaman komunis.
Selepas Darurat diisytiharkan tamat tahun 1960, gerila-gerila Komunis berundur masuk ke kawasan Selatan Thailand dan buat beberapa tahun tidak membuat serangan dan penyusupan ke Malaysia. Malahan buat seketika, pasukan keselamatan Malaysia boleh menumpukan perhatian kepada pengukuhan bilangan anggota tentera, melengkapkan pasukan dengan kelengkapan baru dan meningkatkan latihan. Konfrontasi dengan Indonesia menunjukkan Tentera Darat Malaysia belum mencapai kekuatan mencukupi untuk menentang secara pencerobohan oleh kuasa asing. Keperluan mendapatkan bantuan pasukan tentera Komanwel khususnya di Borneo meyakinkan Parti Komunis Malaya dan Parti Komunis Kalimantan Utara bahawa Tentera Darat Malaysia belum mencapai tahap kekuatan yang membolehkan mereka menghadapi ancaman tanpa perlu meminta bantuan pasukan luar.
Di Vietnam, kumpulan Komunis Vietnam Selatan dan Vietnam Utara sudah menunjukkan kekuatan mereka dengan melancarkan Serangan Tet. Dalam serangan itu, mereka berjaya menawan bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di Saigon, sebelum ditewaskan oleh pasukan-pasukan bantuan Amerika Syarikat. Kejayaan pihak Komunis di Vietnam mendorong Parti Komunis Malaya dan Parti Komunis Kalimantan Utara untuk melancarkan pemberontakan bagi menumpaskan kerajaan Malaysia.

Bermula Pemberontakan Kali Kedua

Dalam tahun 1968, Parti Komunis Malaya sekali lagi mencabar pasukan keselamatan Malaysia dalam konflik bersenjata. Parti Komunis Malaya sudah bersiap sedia selama 8 tahun untuk pemberontakan kali kedua berhajat untuk merampas kuasa dengan menggunakan kekerasan. Kali ini, pemberontakan dilakukan serentak dengan pemberontakan yang dijalankan di Kalimantan oleh Parti Komunis Kalimantan Utara. Sekali lagi,pasukan gerup gerak khasTentera Darat Malaysia dan pasukan Polis Diraja Malaysia memikul tanggungjawab menghapuskan pemberontakan ini.
Parti Komunis Malaya melancarkan serangan-serangan ke atas unit-unit Tentera Darat daripada seberang sempadan Thailand dan Kalimantan dengan tujuan memporak-perandakan keselamatan negara. Walaupun kesan serangan tersebut tidak seberapa, kesan psikologi ke atas rakyat tempatan pasti akan mengugatkan keyakinan rakyat kepada keupayaan pasukan keselamatan menangani ancaman daripada anasir komunis.
Selain itu, Parti Komunis Malaya dan Parti Komunis Kalimantan Utara juga melancarkan serangan oleh skuad-skuad khas untuk menjalankan operasi pembunuhan ketua-ketua pasukan keselamatan dan pemimpin berpengaruh di kawasan-kawasan bandar. Parti Komunis Malaya berjaya membuat dua pembunuhan nekad dengan pembunuhan Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Negeri Perak.

Pembesaran Tentera Darat Malaysia

Dalam tempoh ini, sistem Pemerintah Medan Tentera Darat ditingkatkan taraf dengan penubuhan Markas Kor Tentera Darat di Kem Sungai Besi. Markas Divisyen Kedua Infantri telah ditempatkan di Pulau Pinang dan Markas Divisyen Ketiga Infantri telah ditubuhkan di negeri Melaka. Markas Divisyen Pertama Infantri kekal di Kuching, Sarawak.

Semenanjung Malaysia

Tentera Darat Malaysia membuat beberapa operasi “cari dan musnah” di kawasan sempadan Malaysia - Thailand dan juga di Sarawak. Operasi “cari dan musnah” yang dilancarkan secara besar-besaran. Operasi-operasi besar dilancarkan di Semenanjung Malaysia dengan diperintah kawal dan diselaraskan oleh Markas Divisyen Kedua Infantri (2 Divisyen). Divisyen ini bertanggungjawab ke atas keselamatan di negeri-negeri Pahang, Perak, Kelantan, Selangor dan Kedah. Operasi besar-besaran di dalam siri GONZALES dilancarkan untuk menjejak, mengesan dan seterusnya menghapuskan unit-unit penggempur Parti Komunis Malaya yang hendak bertapak semula di Semenanjung Malaysia. Operasi-operasi GONZALES ini telah berjaya menghapuskan sebilangan anggota pengganas komunis di negeri Pahang dan Perak.
Tetapi unit-unit penggempur Parti Komunis Malaya menggunakan taktik serang dan lari ke atas unit-unit pasukan keselamatan. Selepas membuat serangan, mereka menyusup semula masuk ke kawasan hutan di dalam sempadan Thailand, di mana mereka tahu pasukan keselamatan Malaysia tidak mempunyai kuasa mengejar (hot pursuit). Taktik ini membantutkan kejayaan operasi siri Gonzales.
Untuk menangani kekangan ini, Kerajaan Malaysia merundingkan dengan Kerajaan Thailand untuk membolehkan pasukan keselamatan Malaysia mengejar unit-unit penggempur Parti Komunis Malaya walaupun mereka kembali memasuki wilayah Thailand. Hasil perundingan diadakan, Kerajaan Thailand akhirnya bersetuju membenarkan pasukan Tentera Darat Malaysia untuk membuat kejaran “hot pursuit” pengganas komunis masuk ke dalam wilayah Thailand sehingga satu kawasan tidak melebihi bandar Sadao, Thailand.

Operasi Daoyai Musnah

Dalam tahun 1976 Operasi Daoyai Musnah dilancarkan oleh Tentera Darat Malaysia untuk menghapuskan ancaman pengganas komunis di kawasan operasi 2 Divisyen Infantri. Operasi Daoyai Musnah berbeza kerana pasukan Tentera Malaysia membuat operasi cari dan musnah di dalam kawasan operasi di wilayah Malaysia sehinggalah ke kawasan operasi di wilayah Thailand. Satu markas hadapan ditubuhkan di Sadao untuk tujuan perintah dan kawalan operasi.
Pasukan Tentera Darat Malaysia ditempatkan di wilayah Thailand untuk bertindak sebagai pasukan menghalang (blocking force). Kumpulan pengganas komunis mendapat kejutan kerana pasukan Tentera Malaysia tidak menghentikan operasi apabila kumpulan pengganas masuk ke wilayah Thailand. Sebaliknya, mereka terus diburu. Kumpulan pengganas terus berundur sehingga bertembung dengan kumpulan Tentera Malaysia yang menjadi pasukan menghalang.
Walaupun pasukan Royal Thai Army bekerjasama dengan pasukan Tentera Malaysia, mereka agak keberatan untuk berdepan dengan kumpulan pengganas. Akhirnya operasi cari dan musnah dijalankan kebanyakannya oleh Tentera Malaysia.

Sarawak

Di Sarawak, ancaman Parti Komunis Kalimantan Utara ditangani oleh Markas Divisyen Pertama Infantri. Operasi-operasi besar sepertimana yang dijalankan oleh 2 Divisyen di Semenanjung Malaysia juga dilancarkan di kawasan operasi Sarawak.
Ancaman paling nyata dirasai di dalam kawan operasi Sungai Rejang. Keadaan keselamatan di Rejang mendorong Markas 1 Divisyen menubuhkan Markas Khas dipanggil Markas Keselamatan Kawasan Rejang (Rejang Area Security Command) ataupun RASCOM. 1 Divisyen membuat serangan balas dengan meningkatkan skop operasi cari dan musnah menentang Parti Komunis Kalimantan Utara.

Serang hendap Di Lundu


Parti Komunis Kalimantan Utara mencapai beberapa kejayaan. Parti Komunis Kalimantan Utara berjaya membunuh 15 orang anggota Bn 7 Rejimen Renjer dalam satu serang hendap di Lundu pada 26 Mac 1972.
Serangan ini dibuat oleh segerombolan 30 hingga 40 orang pengganas ke atas konvoi terdiri dari 1 buah Land Rover dan 3 buah lori 3 ton mengandungi askar jurutera yang dipinjamkan ke Bn 7 Rejimen Renjer dan askar-askar dari kompeni bantuan. Land Rover dan lori Bedford membawa askar jurutera tidak diserang dan dibiarkan melepasi kawasan serang hendap. Apabila lori ketiga masuk ke dalam kawasan pembunuhan, kumpulan pengganas melepaskan tembakan.
Askar Jurutera yang terlepas dari serang hendap tidak berhenti untuk melawan kerana bilangan mereka kecil (1 Seksyen). Mereka memecut ke Titi Akar dan meminta bantuan daripada pasukan dari 1 Rejimen Askar Peninjau. Koperal Jamaluddin tanpa berlengah memecut kereta perisai Ferret ke tempat serang hendap dengan diikuti lain-lain askar bantuan. Apabila sampai ke kawasan serang hendap, Koperal Jamaluddin melepaskan tembakan mesingannya. Melihat ketibaan kereta perisai Ferret itu, kumpulan pengganas berundur.
Bn 7 Rejimen Renjer bertindak balas dengan melancarkan operasi cari dan musnah secara besar-besaran. Dalam operasi-operasi susulan, ramai daripada pengganas terlibat dibunuh dan senjata dirampas.

Kesan Operasi Ketenteraan

Akibat tekanan ketenteraan yang semakin meningkat, unit-unit penggempur komunis tidak dapat bertapak dengan berkesan di Semenanjung Malaysia ataupun di Sarawak. Akhirnya, ramai daripada mereka mengambil tindakan untuk menyerah diri kepada pihak berkuasa.

Tamat Pemberontakan

Dengan lumpuhnya kekuatan ketenteraan mereka, PKM telah menyerah diri dan menamatkan perjuangan mereka pada tahun 1989. Perjanjian damai dikenali dengan nama Perjanjian Haadyai ditandatangani pada 2 Disember 1989 di antara Kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaya. Dengan perjanjian ini, bererti berakhirnya perjuangan Parti Komunis Malaya.
Langkah ini disusuli pula oleh PKKU pada 17 Oktober 1990.

Sumber:


Friday, April 20, 2012

Sejarah Penubuhan Senoi Praaq



Senoi Praaq yang bererti Pejuang merupakan Pasukan Polis Hutan (PPH) yang sebilangan besarnya terdiri daripada Orang Asli. Pasukan ini telah ditubuhkan pada tahun 1957 dan sebagai unit bebas dan berkhidmat di kawasan perkampungan Orang Asli di pedalaman.Pasukan Senoi Praaq merupakan satu pasukan yang paling dihormati kerana kepakaran mereka menjejak pengganas komunis semasa darurat dahulu. Oleh kerana kecemerlangan pasukan ini membantu pasukan keselamatan menentang
komunis pada masa darurat, maka pada tahun 1968 pasukan ini digabungkan dengan Pasukan Polis Hutan (PPH) sebagai Batalion 10 berpengkalan di Kem Keroh, dan Batalion 20 berpengkalan di Kem Bidor, Perak.
Pada masa ini kedua-dua Batalion ini mempunyai 2,000 orang anggota yang terdiri dari pelbagai pangkat.


Sumber:


Tidak ramai mengetahui sejarah perjuangan sekumpulan pemuda Orang Asli sebelum dan selepas kemerdekaan.Mereka juga adalah pejuang yang turut serta membantu pihak British menentang komunis malah dianggap lagenda kerana kepakaran mengesan dan memburu pengganas komunis (PKM) sehingga jauh ke dalam hutan-hutan tebal sempadan hingga ke sempadan Thailand.Ibuku pernah bercerita kisah-kisah ayahku yang terlibat dengan pengganas komunis ketika zaman mudanya.Kata ibu Senoi Praaq pada asalnya adalah ilham seorang mentor British bernama Tuan Noone atau R.O.D.Noone.

Senoi Praaq bermaksud "Orang Perang" dalam bahasa Semai (suku orang asli).Ketika tarikh keramat 31 Ogos 1957 semakin hampir pihak British terdesak mahu menubuhkan sebuah pasukan askar yang dapat membantu kerajaan yang baru ditubuhkan menjaga keamanan dan mengekang pengaruh komunis.Tuan Noone telah berjumpa dengan Sir Gerald Templer,pemerintah tentera Bristish Tanah Melayu ketika itu mengenai penubuhan Senoi Praaq,cabang pasukan bersenjata di bahawa Jabatan Orang Asli.Lewat tahun 1956 tertubuhlah pasukan ini yang dinamakan Senoi Praaq.

Bermula dengan 2 unit dan 10 orang setiap unit hasil dari penangkapan beberapa pemuda orang asli yang menyertai komunis di bawah operasi Surrendered Enemy Personnel(SEP) yang kemudiannya berkembang menjadi 3 unit.Menjelang tahun 1957 unit ini telah berkembang menjadi 2 skuadron dan setiap skuadron dianggotai dengan 80 orang pemuda orang asli dari perlbagai suku.


Penubuhan Senoi Praaq telah memberi tamparan hebat kepada pengganas komunis.Kepakaran orang asli menjejaki binatang-binatang hutan telah membantu mereka mengesan musuh dengan amat tepat sekali.Bau,rasa,jejak,tanda-tanda persekitaran,bunyi binatang dan unggas rimba malah mimpi-mimpi juga adalah antara isyarat operasi.Biasanya apabila suatu kawasan itu dipercayai ada musuh ,Senoi Praaq akan ditugaskan masuk mengesan dulu.Apabila maklumat telah diperolehi tentang anggaran berapa ramai,keadaan bukit dan anak air, jalan jalan yang memungkinkan pengganas komunis melarikan diri barulah pihak tentera akan membuat perancangan serangan.

Sebenarnya kisah Senoi Praaq tidak pernah dibukukan di dalam Malaysia.Namun perjuangan mereka boleh dianggap lagenda kerana pengganas komunis amat takut dengan unit ini disebabkan skil mereka memburu dan mengesan musuh di hutan.Tidak hairanlah pada peringkat awal serangan gerila komunis dulu mereka berjaya mempengaruhi anak-anak muda orang asli untuk dijadikan sebahagian dari mereka guna membantu mereka meloloskan diri dari serbuan tentera.Insya Allah aku akan menulis lagi tentang Senoi Praaq pada masa akan datang.

barisan pelakon dram Lembing & Layang

ASTRO meneruskan lagi inisiatif dan komitmennya dalam memberi sokongan terhadap memperkukuhkan nilai-nilai sejarah di kalangan rakyat Malaysia dengan mempersembahkan sebuah lagi dokumentari hebat menerusi platform Suatu Ketika yang berjudul ‘Suatu Ketika...Laskar Senoi’ pada bulan November ini.


"Temuramah dan pengalaman yang diceritakan oleh mereka yang pernah terlibat dalam setiap kejadian ternyata berjaya memberi impak yang lebih mendalam kepada para penonton bagi menyelami sendiri kejadian yang pernah berlaku.

"Kekuatan dokumentari ini ialah apabila kami berjaya mendapatkan temuramah dengan Mohd Nor Abdullah atau lebih dikenali sebagai Bah Ayob, Orang Asli dari keturunan Semai di Cameron Highland yang telah bertanggungjawab dalam menubuhkan pasukan pahlawan Senoi Praaq.

"Bah Ayob merupakan ikon penting bagi penubuhan pasukan pahlawan Senoi Praaq pada ketika itu.

"Pengalaman yang diceritakan semasa temubual telah menghidupkan lagi dokumentari yang boleh dijadikan bahan rujukan sejarah untuk semua dalam bentuk visual.”

Dokumentari ini mengisahkan tentang Unit Senoi Praaq dalam Pasukan Gerakan Am yang mungkin terdengar asing bagi segelintir dari kita tetapi suatu ketika dahulu, unit ini pernah memberi sumbangan besar terhadap negara terutama dalam era darurat ketika kerajaan British dan negara berdepan dengan ancaman komunis.

Mereka memiliki kebolehan istimewa yang diwarisi dari generasi ke generasi. Kemampuan mereka mengenali alam belantara adalah sesuatu yang tidak boleh dipertikaikan. Sehebat mana pun musuh yang menghalang, mereka mampu menewaskan musuh dengan hanya berbekalkan pisau, sumpit dan lembing.



Mohd Noor Abdullah atau nama asalnya Bah Ayob, seorang Orang Asli dari keturunan Semai di Cameron Highland merupakan seorang anggota komunis paksaan sejak berusia 8 tahun lagi. Beliau berjaya melarikan diri dan dengan niat untuk membantu kerajaan, beliau telah mencadangkan penubuhan Senoi Praaq pada tahun 1955 yang akan dianggotai oleh masyarakat Orang Asli.

Pada awal penubuhan, sejumlah 10 orang asli termasuk Bah Ayob menganggotai pasukan ini dengan hanya berbekalkan dengan senjata api dan 10 butir peluru, mereka telah diarahkan untuk masuk ke dalam hutan dengan tujuan memburu komunis.

Mereka kembali dengan berita gembira apabila berjaya membunuh lebih dari 10 orang komunis dan unit ini dikembangkan dari semasa ke semasa sehinggalah diiktiraf sebagai pasukan elit untuk pasukan British.

Walaupun era darurat berakhir pada tahun 1960, namun kepakaran unit Senoi Praaq masih lagi diperlukan sehingga ini. Kini, Senoi Praaq diletakkan di bawah Jabatan Pasukan Gerakan Am, sebuah sayap dalam pasukan Polis Diraja Malaysia.

“Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia juga menyokong penerbitan dokumentari ini kerana melihat pengiktifaran yang diberikan kepada masyarakat Orang Asli amnya,” tambah Nizam lagi.

Bagi memberi kefahaman yang lebih mendalam tentang sejarah yang pernah berlaku ini, kisah perjuangan pahlawan Semai ini juga diceritakan dalam bentuk yang lebih fiksyen iaitu drama bersiri 8 episod yang berjudul ‘Suatu Ketika...Lembing & Layang’.

Drama bersiri ‘Suatu Ketika...Lembing & Layang’ dijayakan oleh pelakon-pelakon hebat seperti Natasha Hudson, Ellie Suriyati, Beto Kusyairy, Ruby (peserta Anak Wayang), Azhan Rani dan ramai lagi.


video
Drama Lembing & Layang menceritakan tentang perjuangan anggota Senoi Praaq


Sumber:

Sejarah Langkasuka


Langkasuka atau juga dikenali sebagai Lang-ya-shiu, Lang-chia-shu (China), Langasyuka (Arab) dan Ilangasoka (inkripsi Tangore). Mengikut catatan pelawat-pelawat China yang mengadakan hubungan diplomatik dengan negeri-negeri Asia Tenggara pada abad ke-2 Masihi, “Lang-ya-shiu” atau Langkasuka (Paul Wheatley 1961, 387-412) sudahpun wujud ketika itu. Berpandukan catatan tersebut ahli-ahli sejarah Eropah percaya bahawa negeri Langkasuka yang terletak di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu antara Senggora (Songkhla) dan Kelantan itu adalah lokasi asal negeri Patani. Langkasuka ialah sebuah kerajaan Hindu Melayu silam yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu. Kerajaan ini bersama-sama dengan Kerajaan Kedah Tua berkemungkinan merupakan kerajaan yang paling awal di Tanah Melayu. Mengikut satu sumber, kerajaan ini diasaskan pada kurun ke-2 Masihi. Legenda orang Melayu mendakwa bahawa Langkasuka diasaskan di Kedah, dan kemudian berpindah ke Pattani. Persoalan bagaimana Langkasuka bertukar menjadi Patani masih belum dapat dipastikan oleh para pengkaji sejarah kerana tidak ada sebarang cacatan sejarah yang jelas mengenainya.
Dipercayai bahawa Langkawi mendapat namanya daripada perkataan Langkasuka. Sumber-sumber sejarah tidak banyak tetapi mengikut satu rekod sejarah Dinasti Liang China (500 M) merujuk kerajaan itu sebagai "Langgasu" yang diasaskan pada kurun pertama Masihi.
Nama Langkasuka juga ada disebut dalam tulisan-tulisan Melayu dan Jawa, sementara tulisan-tulisan dari China pernah menyebut sebuah negeri iaitu Lang-ya-hsiu atau Lang-chia-shu. Pada tahun 515 M Raja Bhagadatta menjalinkan hubungan dengan China. Hubungan itu dikukuhkan lagi dengan duta-duta dihantar pada tahun 523, 531 dan 568 Masihi. Pada kurun ke-12, Langkasuka merupakan negeri naungan kepada Kerajaan Srivijaya dan pada kurun ke-15 ia digantikan dengan Kerajaan Pattani.
Pada tahun 1963, Stewart Wavell mengetuai satu ekspedisi Cambridge ke Langkasuka dan Tambralinga. Maklumat mengenai ekspedisi ini boleh didapati melalui buku "The Naga King's Daughter", terbitan Antara Books.

Patani dan Langkasuka
Negeri Patani memiliki sejarah yang cukup lama, jauh lebih lama daripada sejarah negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu seperti Melaka, Johor dan Selangor. Sejarah lama Patani merujuk kepada kerajaan Melayu tua pengaruh Hindu-India bernama Langkasuka sebagaimana dikatakan oleh seorang ahli antropologi sosial di Prince of Songkla University di Patani, Seni Madakakul bahawa Langkasuka itu terletak di Patani. Pendapat beliau ini didukung oleh sejarawan lain seperti Prof. Zainal Abidin Wahid, Mubin Shepard, Prof. Hall dan Prof. Paul Wheatly.Lebih jauh bahkan Sir John Braddle menegaskan bahawa kawasan timur Langkasuka meliputi daerah pantai timur Semenanjung, dari Senggora, Patani, Kelantan sampai ke Terengganu, termasuk juga kawasan sebelah utara negeri Kedah (M. Dahlan Mansoer, 1979).Dalam buku sejarah negeri Kedah, Hikayat Merong Mahawangsa, ada menyebut bahawa negeri Langkasuka terbahagi kepada dua: Sebahagian terletak di negeri Kedah iaitu terletak di kawasan tebing sungai Merbok. Sebahagian yang lain terletak di sebelah timur Kedah, iaitu di pantai Laut China Selatan. Dalam hal ini, Prof. Paul Wheatly tanpa ragu mengatakan bahawa Langkasuka terletak di Patani sekarang. Pendapat beliau dikuatkan dengan penemuan kepingan batu-batuan purba peninggalan kerajaan Langkasuka di daerah Jerang dan Pujud (nama-nama kota pada masa itu). Paul Wheatly turut menjelaskan bahawa kerajaan Langkasuka menguasai jalan perdagangan timur-barat melalui Segenting Kra dan kekuasaannya meliputi kawasan Semenanjung sehingga ke Teluk Benggala. Kerajaan Melayu Langkasuka wujud sehingga menjelang abad ke-13 dan diganti oleh Kerajaan Melayu Patani. Dakwaan menurut Kakawin Nagarakretagama, Jerang atau Djere merupakan ibukota Langkasuka.Sedangkan asal usul orang Patani menurut para antropologi berasal dari suku Jawa-Melayu. Sebab ketika itu suku inilah yang mula-mula mendiami Tanah Melayu. Kemudian berdatangan pedagang Arab dan India yang melakukan persemendaan sehingga menurunkan keturunan Melayu Patani di selatan Thai sekarang.Tanah Melayu telah didatangi pedagang dari Arab, India dan China sejak sebelum Masihi. Seorang pengembara China menyebut bahawa ketika kedatangannya ke Langkasuka pada tahun 200 Masihi, beliau mendapati negeri itu telah lama dibuka.[perlu rujukan]Patani adalah sebuah kerajaan yang termaju di Semenanjung Tanah Melayu dan sebuah pelabuhan yang penting sejak kurun ke-8 Masihi kerana Teluk Langkasuka (Teluk Patani sekarang) sangat sesuai dijadikan tempat kapal-kapal dagang berlabuh dan berlindung daripada ribut tengkujuh. Namun begitu, persoalan bagaimana Langkasuka bertukar menjadi Patani masih belum dapat dipastikan oleh para pengkaji sejarah kerana tidak ada sebarang cacatan sejarah yang jelas mengenainya.

Thursday, April 19, 2012

Kehebatan ATM


1 – Percaya atau tidak jika dikatakan Komando-Komando Malaysia diberi tugas sebagai QSR (Quick Reaction Rescue) bagi tentera NATO dalam perang Bosnia? Suatu ketika pernah dicatatkan dalam newspaper di Amerika.. Diharapkan informasi ini dapat dikaji dan dikongsi bersama.Hal ini dan diperakui oleh tentera-tentera asing dan mengelarkan pasukan yang datang untuk garisan mati.


2 – ATM diperakui PAKAR PERANG HUTAN oleh seluruh dunia dan merupakan satu satunya pasukan yang Berjaya mengekang komunisme?
3 – VAT69 dijulang sebagai komando terbaik dunia sehinggakan pasukan ini didokumentarikan oleh Asia Channel.

4 – Perisik Malaysia sama ada PDRM atau ATM merupakan perisikan yang paling terbaik dalam dunia.Pada 1988 seorang perisik KGB ditangkap iaitu Siddiq Ghouse kerana merisik Malaysia? Hal ini dibuktikan dengan kepantasan Malaysia membasmi Al-Maunnah,KMM, Abu Sayyaf, Jemaah Islamiah dan penganas-pengganas lain tanpa mengambil masa yang lama.

5 – ATM dianggap pakar modified dan pakar intergrasi oleh negara luar, sebagai contoh MiG29N Malaysia satu-satunya pesawat tempur jenis itu yang memiliki peluru berpandu, dan rangking pertama hingga 22 pemandu pesawat tempur adalam anggota TUDM walau hanya menggunakan pesawat buruk tersebut.ATM juga telah mengubah suai SU-30KMM Malaysia menjadi lebih baik daripada pesawat tempur terbaik dunia iaitu SU-30MKI milik Tentera India. ATM juga mengubah suai Scorphene menjadi lebih senyap dan paling efisen dalam seluruk kapal selam milik angkatan tentera seluruh dunia. Bahkan percaya atau tidak jika dikatakan kapal kontena sumbangan MISC kepada ATM di ubah suai menjadi kapal serba guna dan kini ia berkhidmat dalam OPS FAJAR mengawal perairan Eden.

6 – Sebelum pasukan Elit MARINIR (Tentera Laut Indonesia ) berjaya “tawan” Singapura.Pada 1980an (Pasukan Komando Udara Malaysia)HANDAU telah menceroboh pangkalan peluru berpandu udara milik Tentera Singapura yang terletak di Bukit Batuk.Mereka menampal setem Malaysia pada setiap perluru berpandu,meja pegawai tentera dan menukarkan bendera Singapura dengan bendera Malaysia pada meja pegawai tinggi tentera.Tujuannya adalah untuk membalas dendam keatas Singapura kerana jet pejuang Singapura telah menceroboh ruang udara Johor.Mereka mengambil masa dalam masa 1 hari saja tanpa dapat dikesan.

7 – Pada lewat 1980an, sekumpulan Tentera Singapura ditangkap oleh Askar Wataniah Malaysia kerana cuba memasang radar di sebuah bukit yang terletak di Johor. Tindakan ini dibalas Malaysia apabila dilimbungan kering dan basah Singapura kerap berlaku letupan sabotaj yang menjejas pelancaran ekonomi Negara itu.

8 – Percaya atau tidak ? Indonesia risau apabila RELA ditubuhkan dan diperbesarkan? Ini kerana mereka tahu adanya pasukan bantuan khas dalam RELA. Ini mengingatkan pada bantahan singapura sewaktu penubuhan Pasukan Terjun Payung (10 Briged Para)

9 – Percaya atau tidak perisik dan anggota elit ATM dan PDRM,apabila bersara dikehendaki melaporkan diri di balai polis bagi waktu dan masa yang ditetapkan? Mereka juga sukar untuk memohon passport atau visa ke luar Negara.

10 – Semua anggota elit Komando Malaysia (ATM) dilarang memakai motorcar ber"clutch”.

11 – Percaya atau tidak panggilan “cikgu” digunakan oleh anggota polis merujuk pada anggota ATM?

12 – ATM menjadi rebutan amerika dan Britain.Namun ATM memilih Britain kerana ikatan persahabatan yang kian lama terjalin, namun tahukah anda ATM telah menubuhkan sekolah ketenteraan Fort Bernings? Disini diperkatakan tentera terhebat adalah SAS (Britain), diikuti Malaysia (ATM) dan Amerika US ARMY. Percaya atau tidak?

13 – Indonesia pernah mengutuk angkatan tentera Malaysia kerana sewaktu latihan , anggota tentera Malaysia membawa resin makanan.Namun ia dibalas Malaysia apabila sewaktu gempa bumi Padang, makanan yang dihulurkan Malaysia adalah resin tersebut. Makanan inilah yang dikatakan expired padahal mereka kalah malu pada Malaysia.

14 – Bagi menghina Malaysia, Indonesia segaja mengajar angkatan tentera Kemboja. Tapi Indonesia mendapat aib apabila ATM berjaya menceroboh kem Tentera Kemboja tanpa disedari dan berjaya mematikan periuk api. Ini amat memalukan mereka.

15 – Pasukan elit pertama Malaysia merupakan Sarawak Rangers dan ini merupakan pasukan paling awal sekali bagi pasukan elit dari negara-negara rantau ini.

16 – Indonesia selalu mengutuk ATM sebagai "scotboy'' merujuk pada perkhidmatan Kor Adat Istiadat ATM yang bertugas di istana Buckingham bersama sama pasukan Royal And Blues Britain, sebenarnya Indonesia dan negara yang kononnya Melayu malu apabila kemelayuan tetap ditonjolkan dalam apa sahaja tentang Malaysia .

17 – Indonesia mendapat aib di Lubnan apabila dua anggota tenteranya lari apabila dikejar pasukan elit Israel iaitu briged kfir, setakat ini kontinjen-kontinjen negara PBB yang datangnya dari negara-negara Melayu dan terkenal adalah MALBATT(disertai angkatan Tentera Diraja Brunei) yang terbukti dalam misi Bosnia dan Mogadishu.

Fakta Menarik tentang Angkatan Tentera Malaysia


Rupa-rupanya ramai tidak tahu banyak fakta-fakta penting tentang aktiviti tentera Malaysia dalam menjalankan tugas atau tanggungjawab negara..Ini sebahagian 29 rahsia sumbangan tentera Malaysia terhadap negara..Proud to be Malaysian….

(Fakta yang saya kemukakan ini mungkin di bawahnya ada yang tidak tepat kerana tidak dapat disahkan kebenarannya. Saya berharap ada pembaca yang akan terangsang mindanya dan cuba mencari kebenaran akan cerita-cerita di bawah ini)

  1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong.
  2. Kemalangan pesawat MAS (MH653) di Tanjung Kupang bukan berpunca dari kerosakan enjin atau pilot error tetapi ada orang kata perbuatan sabotaj atau rampasan.
  3. Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan sasaran-sasaran tentera Serbia melalui Laser Target Designator untuk dimusnahkan dengan “Smart Bomb” dari pesawat pengebom NATO.
  4. Pernah berlaku pemberontakkan “Mutiny on ship” dalam sejarah Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), mereka yang terlibat kemudian dibicarakan di Mahkamah Tentera (Fakta tidak dapat disahkan).
  5. Kapal perang TLDM, KD Selangor pernah terlibat dengan pertempuran laut dengan tentera Indonesia di mana seorang anak kapalnya mati semasa peristiwa konfrantasi dahulu.
  6. Tahukah anda filem “Black Hawk Down” mengisahkan pemberontakan di Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera Malaysia lah yang menjadi wira, tetapi oleh kerana ia filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tidak diiktiraf.
  7. Beberapa orang pegawai dari lain-lain pangkat dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah ditangkap kerana menjual maklumat semboyan kepada pihak Singapura.
  8. Juruterbang Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) akan standby di cockpit pesawat mereka 24 jam apabila timbul isu panas terutama yang melibatkan Singapura.
  9. TUDM telah menghantar pesawat Hawk ke Labuan untuk kemungkinan peperangan semasa isu perebutan kepulauan Ambalat dengan Indonesia.
  10. Seorang rakyat Malaysia pernah menjadi perisik KGB dan telah ditangkap oleh pegawai perisikan negara di antara tahun 70 – 80an dahulu dan beliau mengakui pegawai Cawangan Khas dan risik ATM sebenarnya sangat cekap.
  11. Malaysia pernah mahu membeli pesawat Boeing AWACS semasa tahun 80an dahulu tetapi membatalkan hasrat tersebut selepas niatnya di bocorkan oleh media tempatan, wartawan yang mendedahkan isu itu kesemuanya di soal siasat oleh polis Bukit Aman.
  12. TLDM sudah pun mempunyai kapal selam tetapi dalam bentuk mini subs, untuk kegunaan pasukan PASKAL.
  13. Filipina pernah “mengacah” sebuah kapal perang TLDM apabila dua jet pejuang F-5 mereka terbang rendah semasa satu isu dahulu.
  14. TLDM sering membantu AS melalui pergerakkan kapal-kapal selam Russia di Selat Melaka semasa era Perang Dingin dahulu dan ini menunjukkan TLDM sudah pun mempunyai sistem pengesan kapal selam yang amat baik pada ketika itu.
  15. Singapura sering menguji sistem pertahanan Malaysia terutama radar melalui sistem peperangan elektroniknya dari 1979 sehingga sekarang.
  16. Jumlah pelancong Singapura akan bertambah di sesuatu kawasan apabila ATM membuat eksesais tentera di kawasan terbabit.
  17. Tentera Singapura akan membawa peluru betul tetapi berselindung di sebalik nama latihan apabila timbul isu panas dengan Malaysia sebagai contoh ketika lawatan seorang pemimpin Israel ke negara itu satu ketika dahulu.
  18. CIA pernah memasang pelbagai alat pengintipan canggih di KLCC, aktiviti tersebut berselindung di sebalik pengambaran filem Entrapment lakonan Sean Connery dan Catherine Zeta Jones (Fakta tidak dapat disahkan)
  19. Komando Malaysia pernah dihantar dalam satu misi khas ke Manila untuk mengambil dokumen berkaitan dengan Sabah satu ketika dahulu. Komando yang pergi ke filipina utk mencuri dokumen rahsia adalah SB. Mahathir bagi cash RM100k kpd beliau utk buat model Istana Malacanang (di Pahang kalau tak silap). Setiap hari beliau praktis utk curi dokumen tersebut. Ketika kejadian sebenar, 100% komando Malaysia dikerah berada di Sabah bersedia utk menyerang filipina, sekiranya berlaku kesilapan kpd SB tersebut. Duta Malaysia dan rakan-rakan sudah lama cabut lari (takut beb). Tapi Alhamdulillah dokumen tersebut berjaya dicuri dan Sabah milik Malaysia sehingga Kiamat , insyaALLAH…..(Fakta tidak dapat disahkan)
  20. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang berjaya menghancurkan ancaman komunis sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang dibantu oleh Amerika Syarikat tewas kepada komunis.
  21. Program permodenan ATM yang dikenali PERISTA dibatalkan oleh bekas PM, Mahathir Mohamad apabila terlalu banyak penyelewengan dalam program itu. PERISTA dibangunkan sebagai persediaan untuk menghadapi ancaman komunis yang telah menang di Vietnam.
  22. Kapal perang tercanggih TLDM (bergantung kepada zaman) akan dihantar dahulu dan berlabuh di perairan antarabangsa apabila ada lawatan Perdana Menteri Malaysia ke negara itu.
  23. Pesawat Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pernah divert (tidak diketahui sesiapa) ke Pakistan untuk melihat ujian bom nuklear pertama negara itu. Mahathir kini TUN menjadi satu-satunya pemimpin Islam di luar Pakistan yang pernah menyaksikan ujian tersebut (maklumat ini disampaikan sendiri dari seorang anggota perisikan Pakistan kepada penulis satu ketika dahulu).
  24. Juruterbang Australia pernah mengelar pilot pesawat pejuang TUDM, “Berani tetapi Gila” dalam satu temuramah dengan media di negara kita. Australia dan TUDM sering mengadakan latihan bersama semasa negara itu mempunyai skuadron pesawat pejuangnya di Butterworth.
  25. Helikopter Nuri pernah ditembak jatuh dengan roket semasa darurat dahulu. senjata yg digunakan RPG 2 (search kt google)
  26. Peristiwa di Pasar Bakara, Somalia menyaksikan dua buah kereta kebal Pakistan yang sepatutnya melindungi konvoi tentera Malaysia bertindak melarikan diri (Ini disahkan oleh seorang pegawai tentera).
  27. Kapal peronda TLDM KD Perak karam di Laut China Selatan akibat cuaca buruk dan beberapa orang anak kapalnya hilang.
  28. Dua pesawat pejuang jenis Sabre dari Butterworth (tahun 1970an) pernah dilancarkan ke udara selepas radar di pengkalan itu mengesan pencerobohan pesawat asing (UFO-hal ini pernah saya baca dalam akhbar di Perpustakaan Negara dan ada dalam sebuah buku mengenai UFO yang saya temui di perpustakaan UiTM Shah Alam).
  29. Komando Malaysia pernah mencerobohi kompleks pertahanan udara Singapura di Bukit Batuk lalu menampal setem malaysia pada setiap peluru berpandu , meja pegawai tentera dan menukar bendera singapura dgn bendera malaysia pada meja pegawai tinggi . tujuannye kerana membalas dendam kerana jet pejuang Singapura sering menceroboh ruang udara johor.. mereka yang melakukan tugas itu mengambil masa 1 hari sahaja tanpa dikesan. Kakitangan Kompleks Pertahanan Singapura yg trlibat telah dipecat kerana insiden itu.
sumber:
http://www.radioinformasi.com

Monday, April 16, 2012

Keberanian Tentera Malaysia di Misi PBB[pertempuran Tentera Malaysia semasa pembukaan Mahkamah Agung Benadir]


Majlis Pembukaan Mahkamah Agung Benazir pada 27 September 1993 menjadi satu peristiwa penting kepada proses damai di Somalia yang telah lama bergolak dengan perang saudara. Ia menandakan pemulihan semula sistem keadilan dan undang-undang. Namun begitu ada golongan yang tidak senang dengan kewujudan semula mahkamah dan cuba mengagalkan usaha murni UNOSOM II membawa kedamaian di negara itu.

Majlis Pembukaan Mahkamah Agung Benazir pada 27 September 1993 menjadi satu peristiwa penting kepada proses damai di Somalia yang telah lama bergolak dengan perang saudara. Ia menandakan pemulihan semula sistem keadilan dan undang-undang. Namun begitu ada golongan yang tidak senang dengan kewujudan semula mahkamah dan cuba mengagalkan usaha murni UNOSOM II membawa kedamaian di negara itu. Bagi kumpulan ini, penubuhan Mahkamah Agung itu adalah sebagai suatu usaha menafikan kuasa dan pengaruh kumpulan mereka keatas rakyat Somalia. Salah satu kumpulan tersebut termasuklah kumpulan yang di ketuai Jeneral Farah Aideed.

Mereka merancang hendak menculik pegawai perundangan UNOSOM II yang menghadiri majlis pembukaan tersebut. UNOSOM II sedar tentang ancaman yang mungkin di hadapi telah mengarahkan pasukan pengaman dari Negara Ameriyah Arab Bersatu (UAE) membuat kawalan di sekitar kawasan mahkamah ketika majlis berlangsung. Pasukan Pengaman Malaysia (Malaysia Batalion-MALBATT) pula di kehendaki membantu pasukan pengaman UAE membuat kawalan. Pasukan Pengaman Pakistan bertanggung jawab menjadi pengiring kepada Pegawai Perundangan UNOSOM II. Pembahagian tugas seperti ini adalah biasa di kalangan pasukan pengaman pelbagai negara. Mereka saling bekerjasama antara satu sama lain dalam memikul tanggungjawab berat memulihkan keamanan ke atas negara yang hampir musnah akibat persengketaan berlarutan hampir 3 tahun itu. Sehari sebelum majlis tersebut berlangsung, 26 September 1993. Jam menunjukkan pukul 9.00 malam .Mejar Abd Rashid bin Ahmad, Ketua Kompeni B masih di pejabatnya apabila dia di datangi timbalannya, Kapten Mohd Halim bin Khalid. “Assalamualaikum, Tuan!” kata Kapten Mohd Halim sambil memberi tabik hormat kepada Mejar Abd Rashid. Beliau menjawab salam dan mempersilakan Kapten Mohd Halim duduk. “Ada apa Mejar?” Tanya Kapten Mohd Halim “Kompeni B di arahkan menghantar satu platun bagi membantu kawalan di Mahkamah esok” jawab Mejar Abd Rashid.

Kapten Mohd Halim teringat kepada arahan yang di terima sebelum itu dari Markas UNOSOM II meminta satu platun MALBATT bagi membantu pasukan UAE membuat kawalan esok. Di sebabkan komander pasukan MALBATT tiada, Leftenan Kolonel Mohd Rozi bin Baharom selaku Timbalan Komander telah mengarahkan Mejar Abd Rashid menyiapkan satu platun dari kompeni B untuk melaksanakan tugasan itu. “Siapa yang akan pergi esok Tuan?”tanya Kapten Halim “Platun 5”. “Tapi tuan, Ketua platun 5 sedang bercuti” Kapten Halim mengingatkan “Ya saya tahu, sebab tu saya panggil awak.Saya dah arahkan Leftenan Salmi ambil alih platun 5, tapi memandangkan tugas ini penting saya nak awak ikut sekali esok” “Baik Tuan” dengan senang hati Kapten Halim menerima amanah yang diberikan. Di dalam hatinya sedikit bimbang juga kerana sejak akhir-akhir ini serangan ke atas pasukan pengaman makin menjadi-jadi. Walau pun Leftenan Salmi bin Istikh Ahmad masih baru dalam bidang mekanis tapi ini tidak bermakna beliau tidak mampu memimpin platun tersebut. Tetapi operasi esok walaupun hanya sebagai pasukan bantuan sangat penting sebab itu Kapten Halim ikut serta.

Setelah selesai membincangkan tentang kelengkapan dan persediaan operasi Kapten Halim pun beredar. Lebih kurang pukul 6.30 pagi 27 September 1993, Kapten Halim dan Leftenan Salmi bersama 34 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) daripada Platun 5 bergerak dari Markas MALBATT yang terletak di Kem Lapangan Terbang ke kawasan Sea Port. Di situ Kapten Halim melapor diri kepada Pegawai Memerintah Batalion UAE iaitu Leftenan Kolonel Mal untuk diberikan taklimat operasi. “Kapten, saya mahu platun awak untuk buat kawalan di sekitar kawasan mahkamah. Pasukan UAE sudah berada di sana. Kawasan sekitar sudah di ‘bersihkan’ oleh mereka” arah Leftenan Kolonel Mal. Kapten Halim merasa kurang senang dengan arahan yang di terimanya yang berbeza dengan permintaan asal iaitu membantu pasukan UAE sekiranya berlaku sesuatu yang tidak di ingini. Sesuai dengan peranan Pasukan MALBATT sebagai Pasukan Tindakan Cepat (Quick Reaction Force-QRF). “Kalau begitu saya minta Leftenan Brand bersama saya bagi memudahkan perhubungan dan bantuan, sekiranya perlu” cadang Kapten Halim. Leftenan Brand adalah pegawai perhubungan udara Tentera Amerika. “Oh, tidak! Saya rasa Leftenan Brand lebih baik berada di sini. Dari sini lebih senang untuk selaraskan bantuan udara” sanggah Leftenan Kolonel Mal. Biarpun tidak setuju, Kapten Halim hanya mendiamkan diri kerana tak mahu mengeruhkan suasana. “Saya mahu awak kawal kawasan ini. Letakkan Armoured Personnel Carrier (APC) awak di sini, sini, sini dan di sini” perintah Leftenan Kolonel Mal sambil tangannya menunjuk-nunjuk di atas satu lakaran kawasan bangunan mahkamah. “Ada apa-apa soalan? Tanya Leftenan Kolonel Mal. “ Bagaimana saya hendak berhubung dengan pihak Tuan?” tanya Kapten Halim “Gunakan gelombang ini” jawab Leftenan Kolonel Mal sambil menulis beberapa saluran gelombang yang boleh di hubungi. Senarai itu kemudian diserahkannya kepada Kapten Halim.

Kapten Halim dan Platun 5 tiba ke kawasan mahkamah lebih kurang pukul 8.00 pagi. Masih ada tempoh sejam sebelum upacara perasmian bermula. Kapten Halim mengatur kereta perisainya di empat penjuru bangunan. Satu di setiap penjuru seperti yang dirancang. Dia kemudian membawa kereta perisainya ke dalam kawasan mahkamah. Bagi menguatkan lagi pertahanan pasukan MALBATT, Kapten Halim mengambil keputusan meletakkan 3 kumpulan penembak tepat (sniper) di atas bumbung mahkamah. Kedudukan yang lebih tinggi di atas bumbung memberi mereka pemandangan kawasan sekitar yang lebih baik. Setiap kumpulan mengandungi 2 orang anggota. Kumpulan 1 di anggotai oleh Koperal Halim dan Prebet Rosli. Mereka di bekalkan dengan Mesingan Pelbagai Guna dan Raifal M16 lengkap dengan Pelancar Grenad M203, juga sebuah Set Radio Komunikasi. Kumpulan 2 pula di anggotai Lans Koperal Ramli dan Prebet Zaini. Lans Koperal Ramli membawa Raifal M 16 manakala Prebet Zaini dibekalkan dengan Sub Mesingan HK MP5. Prebet Zaini mengambil kedudukan di penjuru berhampiran tangga manakala Lans Koperal Ramli jauh di belakang.

Kumpulan 3 pula terdiri daripada Lans Koperal Rosli dan Prebet Jamari. Kedudukan mereka di tepi tangga besi di luar bangunan. Mereka kemudian dibekalkan Radio Komunikasi bagi memudahkan perhubungan. Ketika menyusun Kumpulan Penembak Tepat, Kapten Halim tak bertemu dengan seorangpun Pasukan UAE di sekitar kawasan mahkamah seperti dakwaan Leftenan Kolonel Mal. “Jangan kata orang, bayangnya pun tak nampak” fikir Kapten Halim. Sebagai seorang pegawai yang berpengalaman, beliau mengambil tindakan proaktif. Bersama beberapa orang anggota, beliau memeriksa sendiri kawasan sekitar bagi memastikan ia benar-benar bebas dari sebarang ancaman berbahaya. Penduduk sekitar tidak menunjukkan apa-apa reaksi mencurigakan. Mereka menjalankan aktiviti harian seperti biasa, urusan jual beli sedang rancak berjalan dan kanak-kanak sedang bermain di tepi-tepi jalan. Kanak-kanak dan orang awam cuba berkomunikasi dengan anggota-anggota MALBATT.

Permandangan biasa di mana saja mereka di tugaskan mereka di sambut dengan baik. Setelah pasti semuanya selamat dan pasukannya dalam kedudukan sepatutnya beliau menghubungi Leftenan Kolonel Mal mengunakan saluran gelombang yang di berikan. Tiada jawapan. Setelah beberapa kali beliau bertukar ke saluran kedua, pun tiada jawapan. Setelah semua gelombang yang di berikan Leftenan Kolonel Mal gagal di hubungi, Kapten Halim terpaksa menghubungi Markas MALBATT untuk melaporkan keadaan pasukan. Setelah itu dia pergi berjumpa pegawai awam mahkamah. “Pasukan saya sudah berada dalam kedudukan.” beritahu Kapten Halim “Terima kasih, Tuan. Saya akan maklumkan” jawab pegawai itu “Pukul berapa upacara bermula?” “Pukul 9.00 pagi.” Jam menunjukkan pukul 10.00 pagi apabila 3 pegawai perundangan UNOSOM II tiba menaiki dua buah Land Rover awam di iringi dua buah APC Pasukan Pakistan. Mereka terdiri dari Micheal Aradika dari Ghana selaku ketua kumpulan serta dua orang lagi Jim Acally dan Kenneth Lain.

Sebaik tiba mereka terus masuk ke dalam bangunan mahkamah untuk meneruskan upacara. Kapten Halim masih terus berhubung dengan Markas MALBATT. Beliau di beritahu sumber perisikan yang memperolehi laporan dari helikopter yang membuat tinjauan udara, terdapat pergerakan sekumpulan militia Somalia bersenjata mara ke kawasan Mahkamah Agung Benadir. Mengikut laporan itu lagi, di anggarkan kekuatan kumpulan militia itu antara 10 ke 15 orang. Sebaik menerima maklumat itu, kapten Halim terus menyalurkannya kepada anggota-anggota lain sambil memberi ingatan agar terus berwaspada. Upacara itu selesai pukul 11.00 pagi dan seramai 50 orang pegawai perundangan dan Hakim Somalia mula beredar meningalkan bangunan mahkamah. Tiga orang Pegawai Perundangan UNOSOM II tidak terus beredar tapi masih berbual-bual di perkarangan mahkamah. Menyedari bahaya yang kemungkinan berlaku sekiranya mereka di serang, Kapten Halim segera mendapatkan mereka dan menasihatkan mereka supaya beredar dengan segera. “Tuan, saya rasa lebih baik tuan kembali ke kawasan penjara dengan segera. Kami mendapat laporan ada militia Somalia dalam perjalanan ke sini” Kapten Halim memberitahu dengan sopan. Ketiga-tiga Pegawai Perundangan UNOSOM II masih belum berganjak sebaliknya terus berbual-bual. Setelah menunggu seketika, Kapten Halim pergi mendapatkan mereka dan memberitahu sekali lagi supaya mereka kembali ke kawasan penjara. Kali ini dengan nada yang sedikit tegas. “Tuan, keadaan semakin bahaya, lebih baik beredar sekarang juga” tegur Kapten Halim. “Tak apa, suruh pasukan pengiring pergi dahulu. Tak payah tunggu kami” jawab Micheal Aradika. “Tak boleh tuan, mereka di arahkan untuk mengiringi tuan-tuan kembali ke kawasan penjara kalau terjadi apa-apa mereka akan di persalahkan” bantah Kapten Halim. Geram juga hatinya melihatkan kerenah mereka. Ketiga-tiga pegawai itu mula berbelah bahagi mengenai pasukan pengiring.

Mereka mula bertengkar sesama sendiri. Micheal beriya-iya tidak mahu mengunakan khidmat pasukan pengiring dari pasukan tentera Pakistan. Kapten Halim hanya memerhati gelagat mereka. Akhirnya mereka membuat keputusan agar Pasukan Pengiring Pakistan menunggu di penjara. Mereka akan pergi ke penjara dengan menaiki Pajero tanpa pengiring. Dari Penjara mereka akan di iringi ke Markas UNOSOM II. Kapten Halim terpaksa akur dengan keputusan mereka. Dia kemudian di minta untuk memandu Pasukan Pakistan ke Penjara kerana mereka tidak tahu jalan hendak ke sana. Kapten Halim terus keluar menemui Pasukan Pakistan untuk mengatur pergerakan. Pada masa yang sama, di luar orang awam Somalia yang tadinya ramai kini beransur-ansur kurang dan akhirnya terus hilang dari kawasan sekitarnya. “Ada yang tak kena ni” fikir Sarjan Sarizan. Dia terus memberitahu perubahan keadaan kepada anggota-anggota lain sambil mengingatkan mereka agar jangan leka dan terus berwaspada. Tiba-tiba dia di datangi oleh seorang pemuda Somalia yang menunjuk ke arah sebuah rumah. Di tingkat atas rumah tersebut kelihatan seorang wanita. Di sebabkan batasan komunikasi wanita itu cuba memberitahu sesuatu melalui isyarat tangan. Sarjan Sarizan faham wanita itu cuba memberitahunya sesuatu sedang berlaku di dalam rumahnya.

Dengan penuh berhati-hati Sarjan Sarizan cuba merapati dinding rumah itu. Baru sampai ke tangga, BAM! BAM! Dua das tembakan di lepaskan dari tingkat atas rumah itu. Serentak dengan itu tembakan bertubi-tubi seperti bertih goreng kedengaran dari pelbagai arah. Sarjan Sarizan terus berlari mendapatkan perlindungan di dalam kereta perisainya. Dia terus membalas tembakan dari dalam kereta perisainya. Lans Koperal Ramli yang berada di atas bangunan mendengar tembakan yang di lepaskan dan tembakan balas APCMALBATT dari arah hadapan bangunaan. Ketika itu juga terdengar bunyi riuh rendah suara orang di bahagian belakang bangunan. Beliau mengangkat kepala untuk melihat dari belakang tembok dan dia mendapati ada tujuh Militia Somalia di situ. Dia mengangkat senjata dan menenang untuk menembak mereka. Ketika baru hendak menarik picu senjatanya, BAM!BAM!BAM! tembakan bertubi-tubi dari bangunan sebelah. Nasib baik Militia Somalia kebanyakan tidak terlatih, tembakan itu mengenai tembok batu tempat beliau berlindung. Beliau mengangkat kepala sekali lagi untuk membalas tembakan, tapi sekali lagi dia di hujani dengan tembakan bertubi-tubi. Beberapa kali dia cuba membalas tembakan tetapi setiap kali itulah dia menjadi tumpuan tembakan. Dia berubah kedudukan dengan merangkak ke bucu sebelah kiri bangunan.

Tetap sama dia menjadi tumpuan tembakan bertubi-tubi militia Somalia. Sahlah! Dia sedang di perhati dan di awasi oleh penembak hendap Militia Somalia. Kapten Halim yang sedang berbincang dengan ketua pasukan Pengiring Pakistan apabila mendengar bunyi tembakan Mesingan dan Pelancar Roket Granade 7 (Rocket Propelled Granade 7-RPG 7). Dia terus berlari mendapatkan Kereta Perisainya. Dari dalam Kereta Perisainya berhubung dengan anggota melalui radio komunikasi untuk mengetahui apa yang sedang berlaku. Mereka melaporkan belum dapat melihat arah kemaraan musuh dan tembakan dilepaskan dari pelbagai arah. Kumpulan Penembak Tepat juga melaporkan mereka tidak dapat memastikan arah kemaraan musuh kerana menjadi sasaran tembakan penembak hendap Militia Somalia. Menyedari Kumpulan Penembak Tepat menjadi sasaran tembakan bertubi-tubi Militia Somalia menyebabkan mereka sukar memainkan peranan dengan berkesan, Kapten Halim mengarahkan mereka segera turun ke bawah. Kumpulan 1 yang di anggotai Koperal Halim dan Prebet Rosli berjaya turun setelah pertempuran berlangsung beberapa minit. Mereka kemudian menaiki APC3 dan membalas tembakan dari dalam kenderaan. APC2 melaporkan kepada Kapten Halim pergerakan segerombolan Militia dari arah laut menuju ke mahkamah.

Tembakan di lepaskan secara membabi-buta dari celah-celah tingkap dan lubang-lubang di dinding ke arah mahkamah (Rumah dan bangunan di Somalia banyak yang berlubang bekas tembusan peluru hasil perang saudara yang berlarutan). Kapten Halim mengarahkan anggotanya membalas tembakan ke arah musuh dan tidak menembak secara melulu demi menjaga keselamatan orang awam yang tinggal di kawasan sekitar. Walaupun di hujani peluru, pasukan MALBATT masih dalam pertimbangan Kapten Halim membawa kereta perisainya masuk ke dalam perkarangan Mahkamah mencari tiga orang pegawai perundangan UNOSOM II yang kini sudah terperangkap di dalam bangunan mahkamah. Di dalam bangunan beliau menemui mereka di dalam sebuah bilik bersama beberapa pegawai perundangan Somalia. Pegawai Somalia itu berjanji akan menjaga ketiga-tiga pegawai UNOSOM II yang kini mula tergambar perasaan cemas di muka masing-masing. Kapten Halim kemudian bergegas pula pergi mendapatkan Kereta Perisainya untuk menyampaikan laporan terkini kepada Markas MALBATT.

Beliau berulang-alik beberapa kali dari kereta perisainya ke dalam bangunan mahkamah kerana pegawai UNOSOM II yang ketakutan memintanya bersama-sama menemani mereka. Tembakan Militia Somalia terus menembak dengan mengunakan mesingan, senjata ringan, RPG 7 dan bom tangan. Anggota MALBATT mempertahankan kedudukan mereka dengan membalas tembakan dan membaling bom tangan ke arah Militia Somalia. Setelah bertempur dengan sengit selama lebih kurang sejam, Kapten Halim kemudiannya memdapat tahu salah seorang Pegawai perundangan Somalia cuba berhubung dan berunding dengan kumpulan Militia. Pegawai Somalia itu memberitahu sekiranya pasukan MALBATT menghentikan tembakan mereka juga akan berhenti menembak. Kapten Halim segera mengarahkan anggotanya menghentikan tembakan, tetapi Militia Somalia masih terus-menerus melepaskan tembakan. Kapten Halim mengarahkan anggotanya membalas kembali tembakan. Pegawai Somalia tersebut kemudian memberitahu Kapten Halim pihak Militia Somalia mahukan ketiga-tiga pegawai UNOSOM II sebagai tebusan barulah mereka berundur. Kapten Halim berasa tercabar dengan permintaan pihak Militia Somalia. Dia tidak akan sekali-kali menyerahkan pegawai UNOSOM II sebagai tebusan.

Ini prinsip yang di junjung tentera darat dalam Sumpah Kesatria ‘Tidak sekali-kali mengenal menyerah’. Biar putih tulang jangan putih mata. Dengan sikap pantang menyerah sebelum bertarung, permintaan Militia Aideed tersebut ditolak mentah-mentah. Permintaan tersebut dijawab dengan tembakan berterusan oleh Kapten Halim dan anggotanya Menyedari keadaan yang semakin merbahaya dan genting Kapten Halim mengambil keputusan untuk berundur segera. Beliau menghubungi Leftenan Salmi “Salmi, beritahu Ketua Pengiring Tentera Pakistan masuk ke dalam perkarangan mahkamah sekarang. Ambil Pegawai UNOSOM dan berundur ke penjara”perintah Kapten Halim. “Tuan, Pasukan Pakistan dah cabut” Jawab Leftenan Salmi “ Bila?!! Tanya Kapten Halim terkejut. “Masa mula-mula pertempuran lagi Tuan” balas Leftenan Salmi Kini mahu tak mahu keselamatan pegawai-pegawai UNOSOM II menjadi tanggungjawab beliau. Beliau dengan berani menggerakkan APC menghampiri bangunan mahkamah bagi menyelamatkan para pegawai UNOSOM II yang sedang terperangkap di bangunan tersebut. Tanpa berlengah lagi, semua pegawai UNOSOM II di arahkan masuk ke dalam Kereta Perisainya.

Pegawai-pegawai itu yang pada mulanya banyak kerenah kini umpama lembu di cucuk hidung, mengikut sahaja arahan yang di berikan. Ketika pegawai UNOSOM II sedang berlari menuju ke kenderaannya, Kapten Mohd. Halim dengan tidak menghiraukan keselamatan diri terjun dari kenderaannya sambil melepaskan tembakan balas secara bertubi-tubi ke arah Militia Aideed bagi memberi perlindungan rapat kepada para pegawai UNOSOM II. Dua Kumpulan Penembak Tepat masih di atas bangunan. Kapten Halim mengarahkan mereka turun dengan mengunakan pembesar suara. Lans Koperal Rosli yang mendengar arahan itu berlari secara taktikal bersama rakannya Prebet Jamari menuju ke tangga. Bagai manapun mereka menghadapi kesukaran untuk turun kerana menjadi sasaran tembakan setiap kali menghampiri tangga. Sebagai ketua pasukan Kapten Halim mesti memastikan kesemua mereka dapat turun sebelum berundur. Kapten Halim bergerak ke bawah tangga besi sambil memanggil anggotanya turun. Walaupun tindakan beraninya mengundang bahaya menjadi sasaran tembakan Militia Somalia dia terpaksa berbuat demikian kerana dia tiada pilihan lain untuk menyelamatkan anggotanya. Lans Koperal Rosli dan Prebet Jamari mengelunsur turun melalui tangga besi. Mereka kemudian di bawa menaiki APCKapten Halim.

Kapten Halim seterusnya pergi mendapatkan Lans Koperal Ramli. Lans Koperal Ramli sebaik mendengar arahan untuk turun dari pembesar suara terus bergerak ke arah tangga. Tetapi itu bukanlah mudah, di samping tembakan bertalu-talu dia terpaksa merangkak dan melompat dengan cepat dari satu tembok ke tembok yang lain.Tujuh tembok semuanya. Setiap tembok setinggi dua kaki. Tembok terakhir adalah yang paling lama untuk di lintasi kerana Militia menumpukan tembakan ke situ. Akhirnya setelah bersusah payah dan mengadai nyawanya dia berjaya merapati tangga besi. Prebet Zaini telah tiada di situ. Mungkin telah turun sebaik menerima arahan. Lans Koperal Ramli menghulurkan senjata sebagai menjawab panggilan Kapten Halim di bawah. Dia tidak mahu menyahut kerana masih menjadi sasaran Militia Somalia.Dia kemudian mendengar Kapten Halim menyuruhnya turun sambil berhati-hati kerana mereka akan berundur. Bagi memudahkannya turun Lans Koperal Ramli menyilangkan tali sliang senjata ke belakang dan turun dengan memeluk tiang tangga lalu mengelungsur ke bawah. Di bawah dia di sambut oleh Kapten Halim dan dibawa masuk ke dalam Kereta Perisainya.

Apabila semua anggotanya telah selamat Kapten Halim pun mengarahkan Pasukannya berundur di bawah hujan peluru, RPG 7 dan bom tangan pihak Militia Somalia. Tayar salah sebuah nombor ZA 9360 bocor terkena serpihan bom tangan tetapi masih boleh bergerak. Kerana tindakan berani Kapten Mohd. Halim, usaha hendak membantutkan proses keamanan yang dirancang melalui satu tindakan nekad oleh puak Militia Aideed telah dapat digagalkan. Setelah bertempur hebat dengan Militia Aideed beliau akhirnya pulang bersama anggota dan para pegawai UNOSOM II dengan selamat ke pangkalan. Mereka sampai ke Markas MALBATT lebih kurang pukul 1.00 tengah hari. Ketiga-tiga pegawai UNOSOM II dibawa Kapten Halim ke Bilik Gerakan MALBATT bertemu Leftenan Kolonel Rozi. Ketiga mereka yang masih terkejut dan berpeluh-peluh bertanya kepada Leftenan Kolonel Rozi “Er..Siapa Komander pasukan ini?” tanya salah seorang dari mereka dengan nada yang gementar “Kolonel Latif, dia tak ada di sini dan saya timbalannya” jawab Leftenan Kolonel Rozi. Ketika itu Kapten Halim pergi berjumpa dengan anak buahnya di samping memeriksa keadaan kenderaan dan peralatan yang di gunakan untuk membuat laporan nanti. Dia bersyukur kerana tanggungjawab melindungi Pegawai UNOSOM II berjaya di laksanakan tanpa ada seorang pun anak buahnya yang terkorban atau tercedera. “Kami ucapkan terima kasih banyak-banyak. Tak tahu macamana apa cakap. Kalau tak ada pasukan MALBATT tak tahu apa yang terjadi.” Kata salah seorang dari pegawai UNOSOM kepada Leftenan Kolonel Rozi “Siapa nama Kapten tadi?”tanya yang lain pula “Kapten Mohd Halim” balas Leftenan Kolonel Rozi “Ya, dia patut di berikan pingat atas keberaniannya.

Kami nak beri dia pingat, atau awak patut bagi kepadanya?”cadang yang lain. “Baiklah, baiklah, kami akan sampaikan cerita ini ke Mindef (Kementerian Pertahanan Malaysia), mereka akan tentukan siapa yang layak dapat pingat akan menerimanya” kata Leftenan Kolonel Rozi. Sebenarnya tak payah di beritahu memang itulah yang akan di buatnya. Dia tumpang bangga dengan pencapaian yang di tunjukkan oleh anak buahnya. Sejak itu nama pasukan MALBATT makin harum di kalangan pasukan pengaman dan rakyat Somalia. Mereka memuji dan menghormati MALBATT sebagai satu pasukan tentera yang tangkas, berani dan profesional. Tindakan berani serta semangat taat setia yang sedia tertanam dijiwa Perwira RAMD ini telah mendapat pujian tidak hanya daripada para pegawai kehakiman terbabit malah turut mendapat pujian daripada para pegawai lain yang berkhidmat dengan UNOSOM II. Menurut para pegawai kehakiman terbabit mereka tidak hanya terhutang budi malah berhutang nyawa kepada Kapten Mohd. Halim. Jasa beliau tidak mungkin dapat dilupai hingga ke akhir hayat mereka. Inilah kata-kata yang sungguh bermakna dan secara langsung turut menaikkan imej negara

Sumber:

http://jijanlaa.wordpress.com/