“Suatu Ketika,Sejarah Dahulu Kala…”

Followers

Friday, August 13, 2010

Pendedahan sebenar tentang kumpulan Al-Ma'unah


pada 2 Julai 2000,Malaysia digemparkan dengan rompakan senjata milik ATM
(Angkatan Tentera Malaysia)
di 2 kem yang saling berdekatan oleh kumpulan yang sama pada hari yang sama.Rompakan pelbagai senjata tempur ini dibuat oleh Pertubuhan Persaudaraan Ilmu Dalam Al-Ma'unah.

(Sebagai info:Al-Ma'unah Malaysia LANGSUNG TAKDE KAITANdengan Al-Ma'unah Indonesia)

Mereka jadikan Bukit Jenalik Sauk,Perak sebagai kubu pertahanan tapi sumanya berakhir 4 hari kemudian lepas mereka semua menyerah diri kepada pasukan keselamatan Malaysia.Namun rakyat Malaysia jadi amat marah bila kumpulan ini rupanya dah bunuh dengan kejam 2 anggota pasukan keselamatan yang ditawan.Kedua-dua mangsa kebetulan bukan Islam.Mangsa pertama memula kena tembak kat kaki pastu kena tembak dari belakang dari jarak dekat.Mangsa kedua pulak kena tembak kat kepala dari jarak dekat sampai bersepai otak!! Astagfirullah...
-
Walaupun suma dah serah diri,cerita ni tak abis macam tu je.Tak lama kemudian,timbul pulak macam-macam dakwaan dari pelbagai pihak terutamanya dari parti pembangkang yang menuduh,rompakan itu adalah sandiwara yang dirancang oleh kerajaan & UMNO untuk buruk-burukkan imej PAS dimata dunia,kebetulan ramai ahli Al-Ma'unah adalah ahli PAS!
-

Malah bila kerajaan cuba buat lakonan semula pun ramai yang tak percaya.
-




Maka orang Melayu yang memang terkenal sebagai sangat emosi mula buat macam-macam teori & andaian sendiri.Antara teori & andaian yang 'famous' adalah:-








1-Mustahil dalam masa 20 minit (seperti yang media laporkan) semua senjata berat & pelbagai jenis peluru (114 senjata, 15,200 peluru & 287 peralatan tentera) boleh dimasukkan dalam ketiga-tiga Pajero yang digunakan Al-Ma'unah dalam rompakan itu.



2-Mustahil Al-Ma'unah dapat masuk ke kem yang dikawal ketat tu dengan mudah.Ini macam menunjukkan kedatangan mereka memang dah diketahui lebih awal atau lagi tepat,macam dah ada pakatan dari orang dalam.



3-Mustahil Al-Ma'unah dapat masuk ke gudang peluru & senjata dengan mudah sebab suma senjata dalam gudang biasanya dirantai satu sama lain.Malah pintu senjata tu sendiri ada prosedur yang ketat,maksudnya pintu hanya akan dibuka pengawal kat dalam gudang kalau orang yang nak masuk tu bagi password yang betul.



4-Mustahil Al-Ma'unah yang dah bertindak sungguh professional tu boleh bersembunyi kat belakang sekolah je yang jaraknya cuma lebih kurang 80 kilameter dari Kem 304 (kem yang baru saje mereka rompak).Ini macam mereka sengaja panggil & jemput pasukan keselamatan untuk kepung & tangkap mereka. Segala-galanya macam dah diatur secara sistematik.



3-Mustahil Al-Ma'unah begitu mudah serah diri hanya lepas diperdengarkan lagu Allahyarham P.Ramlee 'Getaran Jiwa'



4-Amin,ketua Al-Ma'unah dikatakan orang upahan UMNO yang sengaja dirancang untuk buat jenayah besar agar dapat dipenjarakan di Penjara Sg.Buloh.Dalam penjara nanti,Amin akan diletakkan dalam satu sel dengan Anwar Ibrahim.Kemudian Amin akan pura-pura gila sebelum bunuh Anwar Ibrahim.



5-Dan yang paling 'famous' adalah,ahli-ahli Al-Ma'unah yang terlibat dalam rompakan tu akan dapat ganjaran duit yang lumayan.Malah mereka semua cuma akan dihukum 2-3 tahun je kemudian akan dibebaskan lebih awal setelah dapat pengampunan Yang Dipertuan Agong.

Mmm...macamanaa?
Siapa boleh jawab semua soalan ni?
Saya rasa semua orang macam boleh jawab semua soalan ni kan? Dan jawapan yang kita boleh jangka adalah;ini semua konspirasi kerajaan.Ini semua plan kerajaan nak burukkan pembangkang.
Tapi betul ke jawapan kita tu? Bukti apa yang kita pakai untuk sokong hujah kita tu? Atas dasar kita marah & bengang kat kerajaan atau kita cuma agak-agak je sebab dengar cakap orang? Maka buku Al-Ma'unah:Kebenaran Yang Sebenar (The Naked Truth) karya saudara Zabidi Mohamed ini saya syorkan.Beliau pernah 'meletup' dengan bukuArqam:Tersungkur Di Pintu 'Syurga' (sila baca ulasan saya sebelum ini).Sebagai info,buku Al-Maunah ini juga telah 'meletup-letup' sampai dicetak berulang kali.Kekuatan buku ini bukan terletak pada penggunaan nama Al-Ma'unah,tapi terletak pada kekuatan hasil kajian & penyelidikan yang dibuat oleh beliau.Hasilnya buku ini amat mengkagumkan sebab penuh dengan fakta & maklumat benar serta jujur penyampaiannya.
-
Mula-mula saya tak tau apa kaitan beliau dengan kes Al-Ma'unah ini.Takkanlah beliau pun antara yang kena tangkap & dipenjarakan? Tapi rupa-rupanya kaitan beliau dengan kes ini lebih kuat dari apa yang saya fikirkan sebab beliau adalah peguam utama kepada Zahit Muslim,orang no.2 Al-Ma'unah! Bahkan beliau juga jadi peguam kepada beberapa ahli Al-Ma'unah yang lain.Yang paling menarik ialah Zahit Muslim tu adalah kenalan beliau masa sama-sama dalam Arqam.Lalu misi beliau cuma 2;
  1. Nak membela kawannya
  2. Nak bongkar busuknya perbuatan TAKSUB bila dah menjalari hati manusia.
-
Buku ini terbahagi kepada 3 bahagian.
-
Bahagian 1
Ia bermula dari hari pertama hati beliau terdetik nak jadi peguam kepada kenalannya, Zahit Muslim.
Juga kisah beberapa ahli keluarga anggota Al-Ma'unah yang tak dapat upah peguam-peguam terkenal sebab mahal.Kebanyakan mereka datang dari golongan susah.
Tapi yang paling saya suka dalam bahagian ni apabila beliau mula berulang alik ke Penjara Sg.Buloh sebab:-
-
1) Berjaya gambarkan dengan detail.
Dari parking kereta sampailah ke pintu besi tebal warna hijau yang ke-7 sebelum sampai ke 8 bilik kecil,kegunaan para peguam berjumpa anak guam.Beliau juga selalu jumpa Anwar Ibrahim sebab bilik berjumpa anak guam beliau sebelah menyebelah.Sel tahanan Al-Ma'unah diasingkan sebab dikategorikan sebagai 'special case' kerana status pertubuhan silat Al-Ma'unah.Manalah tau ada antara mereka yang boleh terbang melepasi dinding penjara yang 20 kaki tinggi tu.Tapi alhamdulillah takde apa yang berlaku.Rahsia macamana pihak warden penjara membuatkan semua ilmu silat & ilmu kebal jadi TAWAR hanya Allah saja yang tau.
-
2) Pendedahan maklumat yang mengejutkan. Hasil maklumat dari anak-anak guamnya, macam-macam cerita yang menggemparkan mula terdedah.Majoriti ahli Al-Ma'unah mengaku TERPEDAYA dengan Amin,guru yang selalu pakai jubah, nampak alim & zuhud malah ramai ahli Al-Ma'unah anggap Amin macam wali.Dalam bahagian ni,KEBUSUKANperbuatan taksub itu akan didedahkan satu persatu oleh saudara Zabidi.Tapi kat sini anda akan nampak betapa bijaknya Amin membuatkan pengikutnya TAKSUB kepadanya hasil daripada konsep 'Rahsia dalam Rahsia' yang diciptanya.Jadi bila Amin arahkan pengikutnya yang terpilih kononnya nak jalani latihan kerohanian PERINGKAT TERTINGGI BERSAMA TENTERA, masing-masing rasa bertuah & tak sabar nak pergi.
-
Bahagian 2
Bahagian ini pulak dibuat macam dalam drama atau filem.Yang bestnya setiap peristiwa disertakan dengan tarikh,membuktikan ini adalah maklumat yang benar & tepatbukannya teori suka-suka yang macam orang kita suka buat.Bermula dari:-
-
1) Amin membina imej Amin berjaya buatkan semua orang anggap dia hebat dalam ketenteraan & keagamaan. Pengikut dia ingat Amin bekas perisik tentera sedangkan Amin cuma bekas operator semboyan yang dibuang dari tentera sebab terlibat dengan dadah.Pengikut dia jugak anggap Amin tu wali sedangkan Amin kuat merokok & hisap sembunyi-sembunyi depan Zahit,takut rahsia bocor & reputasi jatuh.
-
2) Kumpul ahli dari seluruh negara. Sebelum Julai 2000,Al Ma'unah telahpun dianggotai hampir 1700 orang ahli termasuk dari Brunei! Kebanyakannya masuk Al-Ma'unah sebab nak belajar ilmu kerohanian.Jadi Amin selalu hantar pengikutnya ke kursus kerohanian di beberapa tempat dalam Malaysia untuk kukuhkan ilmu kerohanian.Mereka selalu disuruh taat kepada konsep 'Rahsia dalam Rahsia' yang bermaksud hanya guru saja yang tau tujuan setiap tindakan yang mereka kena buat walaupun disuruh angkat batang kelapa yang berat sambil berjalan atas pasir yang panas masa matahari tengah terik.Jadi bila Amin arahkan khalifah-khalifahnya diseluruh negara untuk kumpulkan 28 orang terpilih dari setiap negeri takde sapa berani lawan sebab lawan guru maknanya tak dapat berkat!
































-
3)Persiapan 'kursus bersama tentera'. Bermula Mei 2000,Amin mula 'bergerak' seperti mula beli uniform tentera,ajar pengikutnya guna walkie-talkie & bahasa semboyan tentera,buat tinjauan kawasan,sewa rumah untuk tempat susun strategi & beli 3 Pajero sebelum dicat jadi macam Pajero tentera.
-
4) Ambik senjata yang dah di'pack'. Itu adalah arahan Amin kepada pengikutnya. Mereka semua makin percaya bila tengok betapa mudahnya mereka dapat masuk dalam kem tentera bahkan tentera sendiri yang tolong angkat masuk semua senjata & peluru kedalam Pajero. Mereka tak sedar yang mereka sebenarnya sedang merompak 2 kem tentera! Arahan berzikir tiap masa buatkan mereka tak berpeluang berborak untuk kenal satu sama lain.
































-
5) Berkubu di Bukit Jenalik. Setelah masing-masing dapat senjata,pada awalnya mereka mula percaya 'latihan bersama tentera' sudah bermula.Tapi Amin tiba-tiba tukar watak jadi seorang yang bengis & kasar serta isytihar "Jihad pada jalan Allah dah bermula.Siapa yang lari dari jihad,halal darahnya untuk dibunuh" Mereka semua mula kebingungan & ketakutan.Sudahnya mereka semua terperangkap tapi tak berani nak lari sebab masing-masing tak kenal sesama sendiri, takut mungkin ada diantara mereka yang jadi tali barut Amin.




































-



































-
6)Serah diri
Melalui pembesar suara,Ketua Polis Negara masa tu Tan Sri Norian Mai gunakan strategi psy-war seperti pasang lagu-lagu lembut & sedih serta guna isteri & anak-anak ahli Al-Ma'unah memujuk suami-suami mereka agar menyerah diri.Ini membuatkan ramai ahli Al-Ma'unah termenung & menangis memikirkan isteri & anak-anak serta kampung halaman.
Bagaimana kesudahannya?
Apakah nasib semua anggota Al-Maunah itu selepas menyerah diri?
Nampaknya anda terpaksalah bacanya sendiri...




























































-
Terus terang saya katakan,buku ini betul-betul hebat.Semua perasaan macam sedih,suka,marah, geram,bengang,kesian,simpati dll diadun penuh sempurna dan bagi kepuasan yang teramat sangat kepada saya.Jalan cerita & cara penyampaian buat saya rasa tak sabar-sabar nak tahu kisah seterusnya.Baca buku ni juga benar-benar menambah pengetahuan saya tentang hal-hal perundangan antaranya:-
  • Baru saya tau apa itu Sec.121 Penal Code.
  • Apa bezanya hukuman penjara seumur hidup dengan penjara sepanjang hayat.
  • Kenapa tahanan kat Penjara Sg.Buloh tak dipanggil banduan macam kat Penjara Kajang.
  • Apa itu Engaged & Assigned Lawyer.
  • dan macam-macam lagi...
Bak kata saudara Zabidi Mohamed,"Buku yang saya tulis nibukan nak bagi jawapan samada peristiwa Sauk tu sandiwara atau tak.Adalah kerja sia-sia & tak bermanfaat menjawabnya. Sebab apa yang lagi penting kat sini adalah mengambil iktibar dan pengajaran daripadanya. Buku ini jugak bukan nak mengajak pembaca terima bulat-bulat kesimpulan yang saya buat. Cuma saya mengajak sesiapa yang ada teori & andaian sendiri pasal isu Al-Ma'unah ini agar turut menulis buku dengan fakta yang jelas, teratur kemudian dibentangkan secara forensik agar ia boleh dipertanggungjawabkan dunia akhirat serta boleh dinilai & dicabar oleh orang lain dengan penuh tanggungjawab.Maka saya ingatkan pembaca agar membacanya dengan minda yang terbuka dengan niat mencari 'kebenaran' bukannya mencari 'kemenangan'. Moga-moga dengan niat itu Allah membantu pencarian kita.Amin."

p/s:Sebagai nota tambahan yang takde dalam buku ini,Mohamed Amin Mohamed Razali,Ketua Pertubuhan Persaudaraan Ilmu Dalam Al-Ma'unah (Al-Ma'unah) telahjalani hukuman gantung sampai mati pada Jumaat,04 Ogos 2006 seminggu selepas Zahit Muslim, Jamaluddin Darus dan Jemari Jusoh jalani hukuman gantung.




Sumber:

2 comments:

  1. Legenda baru: Katanya di cerita oleh Ustaz di Penjara Sungai Buluh:
    "Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal, solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.
    Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung.

    Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri.

    Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.

    Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan.

    Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan. Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung. Tangan spt org dlm solat di jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir.

    Subhanallah. ……… mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung… …"

    ReplyDelete